MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA UKM DAN BASF SDN BHD

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) BASF Malaysia Sdn. Bhd. telah diadakan pada 28 Februari 2019 bertempat di Bilik Senat Bangunan Canselori UKM Bangi. Kerjasama Kolaboratif ini mempunyai fokus utama untuk memberi pendidikan kepada masyarakat untuk lebih peka dengan lokasi pembiakan nyamuk Aedes serta pembenterasan tempat pembiakan nyamuk  melalui kaedah yang terkehadapan. Kerjasama ini adalah dalam bidang akademik, perkhidmatan klinikal dan penyelidikan. Majlis menandatangani MoU ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM) dan Encik Goh Eng Leong (Pengarah Urusan BASF Malaysia Sdn. Bhd.).