Mesyuarat Bersama Majlis Dekan-Dekan Sains Kesihatan IPTA Bil. 3
Mesyuarat Bersama Majlis Dekan-Dekan Sains Kesihatan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Bil. 3 telah diadakan pada 21 Mac 2016 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Kesihatan, UKM.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Baharudin Omar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM selaku tuan rumah. Dekan-dekan dan ahli mesyuarat yang hadir adalah:
- Prof. Dr. Baharudin Hj. Omar (Dekan FSK, UKM – Mempengerusikan mesyuarat)
- Prof. Shaharum Shamsudin (Setiausaha Mesyuarat, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM Kubang Kerian)
- Prof. Dr. Umah Rani Kuppusamy (Wakil Dekan, Universiti Malaya)
- Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff (Wakil Dekan, UPM)
- Prof. Dr. Ab Fatah Ab Rahman (Dekan, UNISZA)
- Prof. Madya Dr. Kamarudin Kana (Wakil Dekan, UNIMAS)
- Kol. (B) Dr. Amir Muhriz Abdul Latiff (Dekan, UiTM)
- Dr. Wan Azdie Mohd Abu Bakar (Dekan, UIAM)
- Prof. Madya Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris (Dekan, USIM)
- En. Chandra Mohgan Lechman (Ketua Penolong Pengarah, Unit Perubatan & Sains Kesihatan, Bahagian Pengurusan Pembangunan Akdemik, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT)
- En. Fairuz Mohd Rafdzi (Eksekutif, FSK UKM)