Pelajar Audiologi FSK cemerlang di NASHA 2019

Mac 2019 – Pelajar Tahun 4, Program Audiologi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia  telah menunjukkan kecemerlangan mereka di National Seminar on Hearing Awareness 2019 (NASHA 2019) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, Pahang. NASHA 2019 merupakan program yang melibatkan semua pelajar tahun akhir Program Audiologi dari 3 universiti iaitu UKM, UIAM, & Universiti Sains Malaysia (USM), dengan tema ‘Hear Better Live Better’.
 
Antara kejayaan telah berjaya dirangkul oleh kumpulan pelajar FSK UKM, adalah seperti berikut:
 
1. Saudara Tee Yi Siang yang telah memenangi tempat PERTAMA bagi aktiviti ‘Kahoot! Quiz’,
 
2. Saudari Ho Ning Shin yang telah memenangi tempat PERTAMA bagi aktiviti ‘3 Minutes Final Year Research Pitching’ yang bertajuk ‘Vestibular and balance screening among school-aged children with sensorineural hearing loss‘,
 
3. Kumpulan pelajar UKM juga telah memenangi tempat KEDUA bagi kategori video yang dihasilkan oleh Kelab Audiologi UKM. 
Saksikan video mereka di sini https://www.youtube.com/watch?v=XgUe7Q4FubQ&feature=youtu.be