Pelantikan Pentadbir Fakulti Sains Kesihatan yang Baharu

Fakulti merakamkan ucapan tahniah kepada individu seperti di bawah atas lantikan sebagai Pentadbir Fakulti Sains Kesihatan yang baharu.

1. Prof. Dr. Ahmad Rohi Ghazali dilantik semula sebagai Penolong Dekan (Pengajaran & Citra), FSK mulai 15 Ogos 2019 sehingga 14 Ogos 2021.

2. Prof. Madya Dr. Chan Kok Meng dilantik sebagai Pengerusi Pusat Sains Kesihatan & Gunaan (PSKG), FSK mulai 15 Ogos 2019 sehingga 14 Ogos 2022.

3. Prof. Madya Dr. Devinder Kaur a/p Ajit Singh dilantik sebagai Pengerusi Pusat Penuaan Sihat & Kesejahteraan (H-Care), FSK mulai 15 Ogos 2019 sehingga 14 Ogos 2022.

4. Prof. Madya Dr. Cila Umat dilantik sebagai Pengerusi Pusat Rehabilitasi & Keperluan Khas (PRKK), FSK mulai 15 Ogos 2019 sehingga 14 Ogos 2022.

5. Prof. Madya Dr. Rafidah Mazlan dilantik sebagai Ketua Pusat Telinga, Pendengaran & Pertuturan (Hears), FSK mulai 15 Ogos 2019 sehingga 14 Ogos 2022.

6. Dr. Seri Mirianti Ishar dilantik sebagai Ketua Program Sains Forensik, FSK mulai 15 Ogos 2019 sehingga 14 Ogos 2022.

7. Dr. Rozilawati Ahmad dilantik sebagai Ketua Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi (PDR), FSK mulai 30 Ogos 2019 hingga 29 Ogos 2022.

Tahniah dan Syabas semua!