Pembukaan Tender Sebutharga untuk Chengkih D’Lite cafe, FSK UKM

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Khazanah-UKM akan membuka Sebutharga bagi menjalankan dan menguruskan perkhidmatan Kafeteria Sihat Chengkih D’Lite Café Di Aras 1, Blok D , Fakult Sains Kesihatan , Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur. Dokumen sebutharga dijual di Zon Kewangan Kampus Kuala Lumpur, Jabatan Bendahari d/a: Jabatan Kewangan, Tingkat 1, Blok E, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 53000 Kuala Lumpur dengan harga RM 30.00 senaskah (termasuk caj CBP / GST) dalam bentuk softcopy. Pembayaran hendaklah dibuat secara kad debit/kad kredit. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima. Tuan/puan dikehendaki membawa pemacu kilat USB / USB Flash Drive bagi pembelian dokumen tersebut pada waktu berikut:

Waktu Urusan                : 8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)
Tarikh Mula Jual           : 04hb April 2017 (Selasa)
Lawatan Tapak               : 12hb April 2017 (Rabu), Jam 10.30 Pagi
Tarikh Tutup Tawaran  : 27hb April 2017 (Khamis), Jam 12.00 Tengahari

Tawaran yang diterima selepas jam 12.00 tengahari, 27hb April 2017 tidak akan diterima atau dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai berikut:

1. Prof. Madya Dr. Suhaina Hj. Sulaiman [03-92897511 / 012-3549481]
2. Prof. Madya Dr. Nik Shanita Safii [03-92897662 / 019-2286430]
3. En. Mohd Hafiz Odin – Khazanah UKM [03-89213955/5301]
4. Pn. Umihana Kongit – Khazanah UKM [03-89213955/5301]