Pencapaian Pelajar Dietetik untuk Semester 2 Sesi 2017/2018

Chew Ji Qi

Pelajar Program Dietetik Tahun 2
Anugerah Bintang Harapan Pelajar Wanita
Majlis Anugerah Sukan, UKM Kali Ke-28, 2018 telah berlangsung pada 18 April 2018 bertempat di Dewan Gemilang, UKM.


Salsabila Rabbani Binti Aznan

Pelajar Dietetik tahun 4 memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Asean Virtual Business Plan 2018 pada peringkat kebangsaanpada 10 Mei 2018. Program ini adalah anjuranUniversiti Teknologi Mara dengan kerjasama Australia-Asean Council, Universiti of Rangsit danUniversity of New England. Pada 5 Julai 2018 beliau dan ahli kumpulan Hanisza Azman (Universiti MAHSA) 2018 diberi peluang untuk menyertai pertandingan akhir di University of New England, Armidale, Australia bagi mewakili Malaysia.
Tajuk Projek: I-Wellness, the future health care
Penasihat: PM Dr Zahara Abdul Manaf, Dr Akmal Sabarudin, Prof. Madya Dr. Noor AzuddinYakob


     

You Yee Xing

Pelajar Program Dietetik tahun 4 menerima anugerah Outstanding Undergraduate Dietetics Student Award (Tempat ke-2) oleh Persatuan Dietitian Malaysia pada 25 Jun 2018 di Hotel Pullman Kuala Lumpur.


     

Dr. Hanisah binti Rosli

Graduan Doktor Falsafah (Dietetik) telah menerima anugerah Best Postgraduate Thesis Award 2018 oleh Oleh Persatuan Dietitian Malaysia pada 25 Jun 2018 di Hotel Pullman Kuala Lumpur.
Tajuk tesis: Effects of polyphenols-rich tropical fruit on mental health protection-A clinical trial among middle-aged women.
Penyelia: Prof. Dr Suzana Shahar, Prof Dr Nor Fadilah Rejab, Prof Madya Dr. Normah Che Din & Prof Madya Dr Hasnah Haron


     

Lok Shi Xian, Nurul Hidayah Fadzil, Nurul Azia Yusma AlamiaAmirah Aqilah Abdul Rahim, Dalila Abdul Talib, You Yee Xing. Pelajar tahun 3 dan 4.

Menerima tempat ke-3 dalam pertandingan pembentangan oral penyelidikan anjuran Persatuan Dietitian Malaysia pada 25 Jun 2018 di Hotel Pullman Kuala Lumpur.
Tajuk Penyelidikan: Growth Status and Dietary Pattern among Malay and Chinese Autistic Children in Klang Valley.
Penyelia: Dr. Nur Hana binti Hamzaid, Pn. Haslina Abd Hamid, Prof. Madya Dr Zahara Abdul Manaf


 

Farzana Athirah Abdul Latif

Pelajar Program Sarjana Pemakanan Klinikal
Memenangi tempat ke-3 pertandingan poster penyelidikan anjuran Persatuan Dietitian Malaysia pada 25 Jun 2018 di Hotel Pullman Kuala Lumpur.

Tajuk Penyelidikan: Compliance in home enteral tube feeding
Penyelia: Dr Nurul Huda Razalli; Cik Tan Shy Pyng