PERTANDINGAN MELUKIS SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDENGARAN SEDUNIA 2022 OLEH PUSAT-HEARS FSK

Mari sertai Pertandingan Melukis sempena Hari Pendengaran Sedunia 2022 anjuran Pusat Telinga, Pendengaran, dan Pertuturan (Pusat-HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajaan Yayasan Sime Darby (YSD).
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dengan hadiah wang tunai untuk tiga pemenang dari setiap kategori.
Maklumat dan syarat-syarat lanjut boleh didapati dari poster pertandingan, atau di pautan: https://shorturl.at/kwzSX.
Tarikh akhir untuk penghantaran karya adalah pada 21 Februari 2022.
Sertai Webinar Hari Pendengaran Sedunia 2022 melalui Facebook Live: Pusat HEARS pada 5 Mac 2022 untuk mengetahui para pemenangnya!
Pelihara pendengaran untuk mendengar sepanjang hayat! To hear for life, listen with care!