PERTANDINGAN TIKTOK SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDENGARAN SEDUNIA 2022 OLEH PUSAT-HEARS FSK

Hasilkan video TikTok sempena Hari Pendengaran Sedunia 2022 anjuran Pusat Telinga, Pendengaran, dan Pertuturan (Pusat-HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajaan Yayasan Sime Darby (YSD).
Anda mungkin berpeluang untuk menang hadiah wang tunai sehingga RM350!
Dengan tema ‘Pelihara pendengaran untuk mendengar sepanjang hayat!’, serlahkan kreativiti anda untuk menghasilkan video TikTok yang berdurasi antara 30 hingga 45 saat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris melalui pautan:
Sertai Webinar Hari Pendengaran Sedunia 2022 melalui Facebook Live: Pusat HEARS pada 5 Mac 2022 untuk mengetahui para pemenangnya!
Pelihara pendengaran untuk mendengar sepanjang hayat! To hear for life, listen with care!