Program Gaya Hidup Sihat — Senamrobik & Saringan Kesihatan

POSTER PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

FSK Fitness Centre akan menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat pada hari Jumaat, 22 Januari 2016 mulai jam 7.45 pagi bertempat di Gelanggang Badminton, UKM Kampus Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah senamrobik dan saringan kesihatan.

Semua warga UKM Kampus Kuala Lumpur diundang untuk menyertai program tersebut.

Kehadiran akan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan UKM (eSPEL).