QS World University Rankings 2025

TAHNIAH UKM ATAS PENCAPAIAN YANG CEMERLANG!

UKM telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam QS World University Rankings 2025 dengan kedudukan 138 berbanding kedudukan 159 pada tahun lepas. Pencapaian kali ini adalah ke-2 terbaik sejak tahun 2013. Sementara pada tahun ini UKM juga berada pada kedudukan ke-2 antara IPT tempatan awam dan swasta. Peningkatan sebanyak 21 tangga menunjukkan komitmen yang kukuh UKM dalam meningkatkan kualiti penyelidikan, pengajaran, kelestarian, pengantarabangsaan dan kebolehpasaran graduan. Ini juga mencerminkan usaha berterusan UKM dalam meningkatkan reputasi dan kecemerlangan dalam arena pendidikan tinggi global. Peningkatan tersebut merupakan pencapaian yang membanggakan dan semestinya memberi dorongan kepada UKM untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi lagi dalam pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk pencapaian lebih besar dalam masa akan datang. Teruskan usaha yang baik, UKM!