Selamat Datang dan Syabas Kepada Pelajar Baharu Pra-Siswazah Sesi Akademik 2019/2020

3 September: Seramai 330 pelajar telah mendaftar untuk mengikuti program-program pengajian di Fakulti Sains Kesihatan untuk Sesi akademik 2019/2020. Pihak fakulti juga berbesar hati dengan kehadiran Saudari Rana Ashraf Omar pelajar antarabangsa daripada Korea Selatan yang memilih untuk melanjutkan pengajian beliau dalam Program Sains Bioperubatan FSK UKM. Program Sains Bioperubatan telah menerima seramai 83 orang pelajar, Program Sains Pemakanan 34 orang, Program Optometri seramai 35 pelajar, Program Kesihatan Persekitaran & Keselamatan Industri seramai 31 pelajar, seramai 30 pelajar telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian dalam Program Diagnostik & Radioterapi, Program Sains Forensik 21 orang, Program Dietetik seramai 21 orang, Program Fisioterapi 21 orang,  Sains Pertuturan 20 pelajar, Program Terapi Carakerja seramai 18 dan Program Audiologi 16 orang. Syabas dan tahniah serta  mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu Pra-siswazah kerana berjaya melanjutkan pengajian di FSK UKM. Semoga terus cemerlang.