Tahniah En Faisal Malau bin Ahmad dan Cik Lislivia Si Yang Nee, pelajar Sarjana Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan

Faisal,Lis

Tahniah!

Dua daripada pelajar pascasiswazah dari Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan, FSK, telah memenangi anugerah pembentang oral dan poster terbaik di Malaysian Society of Pharmacology and Physiology (MSPP) ke-30 bertempat di Shangri-La Hotel, Putrajaya (15-16 Ogos 2016). Saudara Faisal Malau bin Ahmad telah memenangi ‘Best Oral Presenter‘  dengan pembentangan bertajuk “Lactobacillus Casei Strain C1 Mitigates Vascular Changes in Spontaneously Hypertensive Rats”, dibawah seliaan Dr Satirah Zainalabidin dan Dr Yap Wei Boon.  Saudari Lislivia Si Yang Nee pula memenangi ‘Best Poster Presenter’ dengan tajuk “Hibiscus sabdariffa Extract Protects Against High Fat Diet-induced Cardiac Injury”, dibawah seliaan Dr Satirah Zainalabidin, PM Dr Siti Balkis Budin dan Dr Norsyahida Mohd Fauzi (Fakulti Farmasi).