Tahniah Irdina Iwani Juffri, Pelajar Tahun Satu, Program Sains Forensik

Pelajar Tahun Satu dari Program Sains Forensik UKM, Irdina Iwani Juffri telah dipilih untuk mewakili UKM dan Persatuan Kanu Malaysia dalam Kejohanan Kanu Polo Asia Pasifik di Ningbo, China pada 20 – 26 September 2017. Kejohanan ini bertujuan untuk membantu persiapan pasukan Malaysia untuk menghadapi Kejohanan Kanu Polo Asia ke-18 yang akan diadakan di Malaysia pada November 2017.

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan semoga berjaya dengan cemerlang dalam kejohanan tersebut.