Tahniah kepada Dr. Noor Hazfalinda, PPSDKG dan Dr. Nurul Huda, PPSJK

Tahniah kepada Dr Noor Hazfalinda Hamzah, Program Sains Forensik,  Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan, FSK dan Dr Nurul Huda Razalli, Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah. Dr Noor Hazfalinda memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kimia Tulen & Gunaan dari University of Strathclyde, United Kingdom pada 19 Disember 2016 manakala Dr Nurul Huda memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pemakanan dan Sains Makanan dari Wayne State University, Amerika Syarikat pada 14 Disember 2016

Pihak fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Noor Hazfalinda dan Dr Nurul Huda dan selamat maju jaya!