Tahniah kepada Dr. Nur Najmi, PPSDKG dan Dr. Choong Foong Yen, PPSR

Tahniah kepada Dr Nur Najmi Mohamad Anuar, Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan, FSK dan Dr Choong Foong Yen, Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah. Dr Nur Najmi memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Patologi dari University of Bristol, United Kingdom pada 15 November 2016 manakala Dr Choong Foong Yen memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Audiologi & Sains Pertuturan dari The University of British Columbia, Canada pada 25 November 2016.

Pihak fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Nur Najmi dan Dr Choong Foong Yen dan selamat maju jaya!