Tahniah Pn Nur Hana Hamzaid, pensyarah program Dietetik, PPSJK

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Pn Nur Hana Hamzaid, Prof Madya Dr Roslee Rajikan, Prof Madya Dr Suhaina Sulaiman dan Prof Madya Dr Zahara Abdul Manaf kerana telah memenangi pingat Gangsa pada persidangan Redesigning Assessment for Holistic Learning (RAHoLE) dengan tajuk poster “Semi-Reality Simulated Patient (SRSP) Assessment Technique in Enhancing Students’ Learning Experience for Medical Nutrition Therapy for Picky-Eater Children with Special Health Care Needs“. Persidangan ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaya (UM) pada 20 dan 21 November 2017 yang lalu bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.
Tahniah dan Semoga terus maju jaya!