Tahniah: VIWA 2019 Outstanding Woman in Humanities and Social Sciences (Rehabilitation Sciences).

Mac 2019 – Dr. Chu Shin Ying penyelidik daripada Pusat Rehabilitasi dan Keperluan Khas (PRKK) Fakulti Sains Kesihatan telah dianugerahkan Venus International Women Awards 2019 – Outstanding Woman in Humanities and Social Sciences (Rehabilitation Sciences). Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf Profesional wanita yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberi sumbangan signifikan di institusi dalam disiplin masing-masing.  Majlis penganugerahan telah diadakan di Radha Regent, Chennai City bersempena 4th Annual Women’s Meet anjuran Venus International Foundation. Warga FSK mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Chu Shin Yin.

#proudfsk