UKM melonjak kedudukan!

7 Jun 2018: UKM melonjak kedudukan apabila kini berada dalam kalangan 200 universiti terbaik dunia. Lonjakan yang membanggakan dari tangga 230 ke tangga 184 telah meletakkan UKM sebaris dengan universiti-universiti terkemuka dunia yang lain seperti Universiti Liverpool (151), University of Aberdeen (172), Queens University of Belfast (180) dan University of Reading (195).