SARJANA MUDA DIETETIK DENGAN KEPUJIAN
PENGENALAN
Program ini mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun atau 8 semester. Ia melibatkan penguasaan ilmu dalam bidang Pemakanan dan Dietetik untuk 6 semester dan latihan amalan pemakanan klinikal pada 2 semester yang akhir. Pelajar akan dilatih dalam aspek penjagaan pemakanan pesakit di hospital dan juga kemahiran kaunseling dalam klinik pesakit luar. Tenaga mahir dalam bidang Dietetik akan dapat memberi perkhidmatan yang bermutu dan cemerlang bukan sahaja di hospital tetapi di peringkat komuniti iaitu di klinik pesakit luar dan di klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Graduan program ini juga mampu berfungsi sebagai pakar rujuk di bidang yang bersangkutan dengan pemakanan dan kesihatan diri.
OBJEKTIF
Melahirkan graduan yang mempunyai asas teori yang mantap serta kemahiran amali serta pengurusan diet yang komprehensif kepada individu, keluarga dan masyarakat. Graduan juga mampu melakukan kerja klinikal tentang pemakanan untuk kesejahteraan pesakit.
PAUTAN PENTING
BROSUR PROGRAM
SYARAT KEMASUKAN
AHLI AKADEMIK PROGRAM
KAKITANGAN PENGURUSAN & SOKONGAN