SARJANA MUDA KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN
PENGENALAN PROGRAM
Program ini mengambil masa pengajian selama empat (4) tahun. Pelajar diajar mengenai hubungan antara manusia dan alam sekitar yang berkait langsung dengan kesihatan. Mereka akan diberi pendedahan terhadap isu-isu kesihatan persekitaran masa kini serta aspek kualiti alam sekitar dalam meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.
OBJEKTIF
Melahirkan graduan yang dapat memahami masalah persekitaran global yang berhubung terus dengan kualiti kesihatan masyarakat. Graduan juga diharap dapat menjadi pengamal kepada budaya persekitaran bersih demi untuk mencapai kualiti kesihatan yang baik.
PAUTAN PENTING
MAKLUMAT PROGRAM
SYARAT KEMASUKAN
IKUTI KAMI