Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

SARJANAMUDA TERAPI CARAKERJA DENGAN KEPUJIAN

PROGRAM TERAPI CARKERJA

PENGENALAN

Terapi carakerja adalah profesion kesihatan yang bermatlamat untuk meningkatkan, mengekalkan, mengembalikan keberdikarian dan produktiviti dalam pelbagai bidang carakerja di kalangan individu yang terkesan akibat kurang upaya, kecederaan, penyakit kronik atau gangguan kognitif. Terapi carakerja melibatkan individu dalam konsep penjagaan diri, kerja/produktiviti, dan aktiviti bermain/senggang untuk menggalakan penyertaan dalam aktiviti harian yang bertujuan untuk mengembalikan semula peranan individu supaya kembali aktif dalam masyarakat. Pengajian bidang ini memberi tumpuan kepada pelbagai disiplin seperti kanak-kanak, warga emas, disfungsi psikososial, ortopedik, dan disfungsi fizikal serta melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan sebagai Ahli Terapi Carakerja yang kompeten untuk membantu individu dari semua peringkat umur dan kondisi dalam mencapai kualiti hidup yang terbaik.

PELUANG KERJAYA

1- Ahli terapi carakerja di:

– Hospital dan Klinik Kesihatan kerajaan, swasta dan luar negara – Sekolah pendidikan khas

 Pusat pemulihan dalam komuniti

– Jabatan Kebajikan Masyarakat

– Pusat rehabilitasi PERKESO

– Klinik universiti awam dan swasta

– Pusat pendidikan awal kanak-kanak dalam dan luar negara

2) Pengajar Terapi Carakerja di univesiti awam/swasta/kolej KKM

3) Pengamal Terapi Carakerja persendirian

PENGIKTIRAFAN PROGRAM PENGAJIAN

Program Ijazah Sarjana Muda Terapi Carakerja (dengan kepujian) mendapat pengiktirafan oleh World Federation of Occupational Therapists

SYARAT KEMASUKAN

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-Level

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM/Matrikulasi KPM/Asasi/ A-Level.

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi/ A-Level dalam setiap mata pelajaran berikut:
    • Biologi
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi/ A-Level dalam mata pelajaran Fizik ATAU mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti. 

Calon Lepasan Diploma Setaraf

  • Memiliki Diploma Sains /Sains Kesihatan /Diploma yang setara dari Institusi Pendidikan atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; 

dan

  • Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir;

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan atau band 5.5 dalam IELTS atau skor iBT 46 dalam TOEFL atau setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

 

CALON DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB)

  • Mendapat skor minimum 30 dalam International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya skor 5 pada peringkat High Level (HL) untuk mata pelajaran berikut:
    • Biologi
    • Fizik
    • Matematik (HL)

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU skor 4 dalam English A (IB)/ skor 5 dalam English B (IB) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian/temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.

Brosur Program

Yuran Pengajian

Pendaftaran = RM 1650.00
Perkhidmatan dan aktiviti = RM 780.00
Yuran Pengajian per semester = RM 5600


Yuran semester pertama = RM 8030.00

Yuran semester berikutnya = RM 6380.00

Jumlah Yuran (min 8 semester) = RM 52690.00

Pendaftaran = RM 1200.00
Perkhidmatan dan aktiviti = RM 590.00
Yuran Pengajian per semester = RM 600


Yuran semester pertama = RM 2390.00

Yuran semester berikutnya = RM 1190.00

Jumlah Yuran (min 8 semester) = RM 10720.00

Pendaftaran = RM 1650.00
Perkhidmatan dan aktiviti = RM 780.00
Yuran Pengajian per semester = RM 5600


Yuran semester pertama = RM 8030.00

Yuran semester berikutnya = RM 6380.00

Jumlah Yuran (min 8 semester) = RM 52690.00

Pautan dokumen Pusat Pengurusan Akademik UKM

AHLI PROGRAM

AKADEMIK

Dr. Nor Afifi Razaob @ Razab

Ketua Program/ Pensyarah Universiti

Rehabilitasi Kardiak (CV)
+603-9289 7350
 fifie.razaob@ukm.edu.my

Prof Madya Masne Kadar

Pensyarah Universiti

Kanak-kanak dengan keperluan khas; Autism (CV)
+603-9289 7628    
masne_kadar@ukm.edu.my

Dr. Sazlina Kamaralzaman

Pensyarah Perubatan

Pemulihan Berasaskan Komuniti, Teknologi Bantuan, Promosi & Pendidikan Kesihatan, Pemulihan Berasaskan Sekolah  (CV)  
+6010-566 7969
sazlina@ukm.edu.my

Dr. Nor Farah Mohamad Fauzi

Pensyarah Universiti

 Fisiologi Senaman (CV)
+603-9289 7411
norfarah@ukm.edu.my

Dr. Dzalani Harun

Pensyarah Universiti

Terapi Carakerja Pediatrik (CV)
+603-9289 7914  
dzalani@ukm.edu.my

Dr. Chai Siaw Chui

Pensyarah Universiti

 Rehabilitasi Tangan (CV)
+603-9289 7047  
 sc.chai@ukm.edu.my

Dr. Hanif Farhan Mohd Rasdi

Pensyarah Universiti

Orentasi & Mobiliti; Structural Equation Modelling (SEM) (CV)
+603-9289 7374
 hanif_ot@ukm.edu.my

Dr. Farahiyah Wan Yunus

Pensyarah Universiti

 Autisme, Masalah tingkahlaku & bermain (CV)
03-9289 7609  
farahiyahwanyunus@ukm.edu.my

PENGURUSAN DAN SOKONGAN

HUBUNGI KAMI

Program Terapi Carakerja
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: +603-9289 7914
Faks: +603-2698 9506