Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA FISIOTERAPI DENGAN KEPUJIAN

Calon Warganegara

 
 

SYARAT KEMASUKAN

Syarat Khusus Program

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-Level

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM /Asasi

dan  

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi/ A-Level dalam setiap mata pelajaran berikut:
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)
    • Biologi

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM /Matrikulasi KPM /Asasi/ A-Level dalam mata pelajaran Fizik ATAU mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik.

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan  sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.