VISI DAN MISI FAKULTI
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dalam bidang Sains Kesihatan dengan menyediakan ilmu yang berkualiti dan terkehadapan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat di samping mendukung jatidiri kebangsaan.
MATLAMAT
- Mencapai dan mengekalkan kualiti pendidikan bertaraf dunia serta memupuk sahsiah insan cemerlang beracuan kebangsaan.
- Memperkukuhkan budaya penyelidikan serta memperluaskan dan mengeratkan jaringan strategik global sejajar dengan taraf universiti penyelidikan.
- Memperkasakan tanggungjawab sosial dalam Sains Kesihatan untuk kesejahteraan masyarakat.
- Mencapai dan mengekalkan sistem penyampaian berkesan bagi menyokong perancangan strategik Fakulti.
MISi
Menyediakan pendidikan yang berkualiti dan terkini melalui penerapan hasil penyelidikan untuk menghasilkan profesional kesihatan yang beretika dan kompeten untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Objektif
FSK bertekad melahirkan graduan Sains Kesihatan dengan jati diri kebangsaan yang:
- Berpengetahuan yang menyeluruh dan terkini dalam disiplinnya;
- Kompeten, berkeyakinan serta berdaya saing di peringkat global;
- Berfikiran kritis dan analitikal dan mampu menjalankan penyelidikan;
- Menitikberatkan pembelajaran sepanjang hayat;
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi secara efektif;
- Mempamerkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tanggungjawab sosial;
- Beretika, komited dan profesional;
- Berkebolehan kerja berpasukan, mengurus, mentadbir, memimpin serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan dalam bidang Sains Kesihatan.
NILAI TERAS SEPUNYA FSK
P - PRIHATIN (Care)
I - INTEGRITI (Integrity)
N - NYALARASA (Passion)
K - KREATIF (Creative)