Maklumat Program Pengajian
Linguistik adalah disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dari segenap penjuru. Disiplin ini menyediakan landasan yang praktikal bagi menganalisis struktur dan penggunaan bahasa, perbezaan dan persamaan bahasa, serta pembentukan sosio-budaya dan jati diri. Linguistik juga merupakan satu ilmu yang penting dalam pelbagai bidang lain seperti sosiologi, psikologi, undang-undang, komunikasi dan sains komputer.
TAHUN 1
SKBL1013 Fonetik
SKBL1213 Fonologi
SKBL1223 Morfologi
TAHUN 2
SKBP2023 Metodologi Penyelidikan
SKBL2063 Sintaksis
SKBL2073 Semantik
SKBL2083 Aplikasi Komputer dalam Kajian Lingusitik
SKBL2103 Sosiolinguistik
TAHUN 3
SKBL3006 Latihan Industri
SKBL3113 Psikolinguistik
SKBL3123 Dialektologi
SKBL3133 Stilistik
SKBL3153 Bahasa Asing
SKBL3163 Laras Bahasa
SKBL3173 Analisis Wacana
SKBL3183 Linguistik dan Komputer
SKBL3206 Latihan Ilmiah
Permohonan bagi program pengajian sepenuh masa (untuk calon lepasan STPM, Matrikulasi,STAM dan Diploma/Setaraf) mesti dibuat melalui permohonan dalam talian (portal UPUOnline, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Hebahan dan iklan tarikh pembukaan permohonan akan dibuat melalui media massa.
Permohonan bagi pelajar antarabangsa pula boleh dibuat melalui laman web Pusat Kembangan Pendidikan, UKM.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Dr. Harishon Radzi, Ketua Program Linguistik, Pusat Kajian Bahasa & Linguistik, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM.
Email: linguistik.fssk@ukm.edu.my
Sekretariat Prasiswazah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
Waktu Operasi
ISNIN- KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 5.00pm
JUMAAT
8.00am - 12.15pm
2.45pm - 5.00pm
Pemakluman
Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768