Maklumat Program Pengajian
Program Pengajian Bahasa Melayu menawarkan ilmu teras dan aplikasi dalam kajian linguistik Melayu. Adunan yang komprehensif antara kedua-dua bidang ilmu ini berkemampuan melahirkan pakar dalam kajian linguistik Melayu yang berfikiran kreatif, inovatif dan memiliki daya tahan kemelayuan yang tinggi, selain menguasai aspek teori, berkeupayaan menganalisis dan mengaplikasikan ilmu linguistik Melayu
TAHUN 1
SKMB1063 Pengantar Kajian Bahasa Melayu (CITRA)
SKMB1023 Fonetik Bahasa Melayu
SKMB1033 Fonologi Bahasa Melayu
SKMB1043 Morfologi Bahasa Melayu
SKMB1053 Sintaksis Bahasa Melayu
TAHUN 2
SKMB2063 Dialektologi Bahasa Melayu
SKMB2093 Pengeditan Teks Bahasa Melayu
SKMB2113 Analisis Wacana Bahasa Melayu
SKMB2123 Sosiolinguistik Bahasa Melayu
SKMB2143 Semantik Bahasa Melayu
TAHUN 3
SKMB3153 Linguistik Sejarah Bahasa Melayu
SKMB3163 Psikolinguistik Bahasa Melayu
SKMB3203 Falsafah Bahasa
SKMB3213 Pragmatik Bahasa Melayu
SKMB3233 Sejarah Bahasa Melayu
SKMB3223 Lesikografi Bahasa Melayu
SKMB3243 Sintaksis Bahasa Melayu Lanjutan
Permohonan bagi program pengajian sepenuh masa (untuk calon lepasan STPM, Matrikulasi,STAM dan Diploma/Setaraf) mesti dibuat melalui permohonan dalam talian (portal UPUOnline, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Hebahan dan iklan tarikh pembukaan permohonan akan dibuat melalui media massa.
Permohonan bagi pelajar antarabangsa pula boleh dibuat melalui laman web Pusat Kembangan Pendidikan, UKM.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Dr. Sa'adiah Ma'alip, Ketua Program Pengajian Bahasa Melayu, Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM.
Email: adia@ukm.edu.my
Sekretariat Prasiswazah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
Waktu Operasi
ISNIN- KHAMIS
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 5.00pm
JUMAAT
8.00am - 12.15pm
2.45pm - 5.00pm
Pemakluman
Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768