Sarjanamuda Sains Sosial (Sains Pembangunan)

Bachelor of Social Sciences (Developmental Science)

Maklumat Program Pengajian

Pengenalan Program

Program Sains Pembangunan bertujuan melahirkan graduan yang berupaya mensintesiskan ilmu pembangunan kepada dunia realiti secara multi dan antara disiplin. Program ini dirangka untuk melahirkan graduan yang berfikiran kreatif dan kritis, berkemampuan menggunakan pendekatan saintifik dan maklumat terkini, bersikap profesional, berpegang kepada nilai moral serta beretika tinggi dalam menjana pembangunan untuk masyarakat.

 Struktur Program

TAHUN 1

SKAD1263 Ekonomi dan Pembangunan

SKAD1273 Reruang dan Pembangunan

SKAD1283 Falsafah dan Teori Pembangunan

SKAD1433 Komuniti dan Pembangunan

TAHUN 2

SKAP2064 Kaedah Penyelidikan

SKAD2293 Perakaunan dan Kewangan

SKAD2333 Demografi dan Pembangunan Modal Insan

SKAD2343 Urbanisasi dan Pembangunan Bandar

SKAD2353 Sistem Maklumat Pembangunan

SKAD2443 Pembangunan Produk Pelancongan

TAHUN 3

SKAD3006 Latihan Industri

SKAD3363 Perancangan Bandar dan Wilayah

SKAD3373 Pengurusan & Penilaian Projek Pembangunan

SKAD3403 Etika, Perundangan & Pembangunan

SKAD3413 Advokasi dan Pembangunan Penglibatan

SKAD3476 Latihan Ilmiah


Tempoh & Yuran Pengajian

Tempoh pengajian : 6 Semester (Sepenuh masa)

Yuran pendaftaran: RM1200

Yuran aktiviti & fasiliti: RM340

Yuran pengajian: RM550

Semester pertama: RM2090

Semester berikutnya: RM890

Jumlah keseluruhan: RM6540

Cara Memohon

Permohonan bagi program pengajian sepenuh masa (untuk calon lepasan STPM, Matrikulasi,STAM dan Diploma/Setaraf) mesti dibuat melalui permohonan dalam talian (portal UPUOnline, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Hebahan dan iklan tarikh pembukaan permohonan akan dibuat melalui media massa.

Permohonan bagi pelajar antarabangsa pula boleh dibuat melalui laman web Pusat Kembangan Pendidikan, UKM.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Prof. Madya Dr. Suraiya Ishak, Ketua Program Sains Pembangunan, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM.

Email: pembantusp@ukm.edu.my

Sekretariat Prasiswazah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

td2fssk@ukm.edu.my

+603-8921 4721

Waktu Operasi

ISNIN- KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

Pemakluman

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768