Terkini @FSSK - Kepakaran & Lantikan Universiti

Tahniah Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Zainee Sakawi daripada Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS) atas pelantikan sebagai Pengarah, Institut Perubahan Iklim, UKM mulai 1 Ogos 2021. Syabas dan selamat bertugas. Semoga terus menabur bakti kepada UKM.

Tahniah Dr. Hilwa Abdullah@Mohd Nor

Tahniah diucapkan kepada Dr. Hilwa Abdullah@Mohd. Nor daripada Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTRA) atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah, Pejabat Perhubungan Alumni, UKM mulai 15 Julai 2021. Syabas dan selamat bertugas. Semoga terus menabur bakti kepada UKM.

Tahniah Dr. Muhammad Ajib Abd. Razak

Tahniah diucapkan kepada Dr. Muhammad Ajib Abd. Razak daripada Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi & Kaunseling (PKPK), PsiTRA atas pelantikan sebagai rakan strategik Program Kesihatan Mental Rumah Prihatin@Wilayah Persekutuan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan . Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada FSSK dan UKM untuk terus cemerlang.

Tahniah Prof. Madya Dr. Sabariah Mohamed Salleh

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Sabariah Mohamed Salleh daripada Pusat Kajian Media & Komunikasi (MENTION) atas penempatan secara pentadbiran ke Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mulai 14 Jun 2021 hingga 10 Mac 2022. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada FSSK dan UKM untuk terus cemerlang.

Tahniah Prof. Dato' Dr. Imran Ho Abdullah

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Imran Ho Abdullah daripada Pusat Kajian Bahasa & Linguistik (PKBL) yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat, Malaysian Corpus Research Network (MCRN). Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada FSSK dan UKM untuk terus cemerlang.

Tahniah Naib Canselor UKM

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor UKM atas penganugerahan gelaran Doctor Honoris Causa daripada Universitas Muslim Indonesia bersempena Milad ke-67 universiti berkenaan. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada FSSK dan UKM untuk terus cemerlang.

Tahniah Prof. Madya. Dr. Mohd Suhaimi Mohamad

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad daripada Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTRA) atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan, UKM mulai 1 Jun 2021. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar UKM. Selamat bertugas dan Syabas!

Tahniah Dr. Shahrul Nazmi Sannusi

Tahniah diucapkan kepada Dr. Shahrul Nazmi Sannusi daripada Pusat Kajian Media & Komunikasi (MENTION) atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, UKM mulai 20 Mei 2021. Sebelum ini, beliau merupakan Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar UKM. Selamat bertugas dan Syabas!

Tahniah En. Mohd Shazwan Mokhtar

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Shazwan Mokhtar, pensyarah di Pusat Kajian Sejarah & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA) dan juga pelajar program doktor falsafah FSSK atas kejayaan dipilih sebagai 'Student Ambassador', Economic History Society (EHS) yang berpangkalan di United Kingdom.

Tahniah Prof. Madya Ts. Dr. Kadir Arifin

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Kadir Arifin daripada Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS) atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (ROSH-UKM) berkuat kuasa 24 Februari 2021 hingga 23 Februari 2024.

Tahniah Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin daripada Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTRA) atas pelantikan sebagai Ahli Board of Studies, Program Sarjana Kriminologi daripada Karunya Institute of Technology and Sciences , India.

Tahniah Prof. Madya Dr. Nor Fariza Mohd Nor

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nor Fariza Mohd Nor daripada Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik (PKBL) atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal Penilaian Jurnal Malaysia dan Malaysia's Research Star Award (MRSA) bermula 13 Januari 2021 hingga 12 Januari 2022.

Tahniah Prof. Madya Datin Dr. Fauziah Ibrahim & Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Datin Dr. Fauziah Ibrahim dan Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin daripada Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTRA) atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kajian Membangunkan Indeks Jenayah Rentas Sempadan PDRM oleh Polis Diraja Malaysia bermula Januari 2021 hingga Disember 2022.

Tahniah Dr. Hoo Chiew Ping

Tahniah diucapkan kepadaDr. Hoo Chiew Ping daripada Pusat Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA) atas pelantikan sebagai Council Fellow of the Global Future Council on the Korean Peninsula (GFCKP). Dr. Hoo Chiew Ping merupakan ahli akademik (dalam bidang sains sosial) yang pertama di Malaysia yang dilantik untuk menganggotai majlis ini. GFCKP merupakan salah satu majlis utama di dalam World Economic Forum.

Tahniah Prof. Dr. Hazita Azman

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Hazita Azman, Dekan FSSK atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI) sesi 2022-2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768