Inovasi @FSSK


'Praktis Jepun' : Produk Inovasi Penguasaan Bahasa Asing


Oleh: Pn. Aznur Aisyah, Dr. Normalis Amzah, PM Dr. Mohamed Zain Sulaiman & Dr. Lam Meng Chun


Semenjak dasar pandang ke timur dilaksanakan, hubungan Malaysia-Jepun telah menjangkau usia 40 tahun pada tahun ini. Walaubagaimana pun, bahan pembelajaran bahasa Jepun yang sesuai bagi rakyat Malaysia masih lagi kekurangan dan kebanyakannya harus dibeli dari negara Jepun. Oleh yang demikian, sebuah modul 'Praktis Jepun' telah direkabentuk menerusi usaha penyelidikan intensif oleh ahli penyelidik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Syarikat Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahan pembelajaran bahasa Jepun ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari asas komunikasi dalam bahasa Jepun. Modul ini direka dalam dua jenis pelantar iaitu buku teks dan juga laman web. Penerangan di dalam modul ini ditulis dalam dwi bahasa (bahasa Melayu-bahasa Inggeris) bagi memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam mempelajari bahasa Jepun sejajar dengan misi dan visi UKM. Bahan e-pembelajaran pula boleh didapati di laman web berinteraktif (https://www.praktisjepun.com/) Laman web ini dibina bagi memenuhi kehendak pembelajaran masa kini yang banyak bergantung kepada pembelajaran atas talian.

Latihan yang berbentuk 3D model dengan pemandangan 3600 juga dimuatkan dalam laman web. Bilangan latihan mendengar dan audio yang banyak juga disediakan bagi melatih dan memantapkan lagi kemahiran sebutan dan mendengar pelajar. Audio yang disediakan juga menggunakan suara penutur natif Jepun supaya pelajar boleh membiasakan diri dengan sebutan orang Jepun dan mereka boleh membuat ulangkaji walaupun di luar kelas. Buku ini sangat praktikal untuk mengasah kemahiran Bahasa Jepun. Diharapkan modul pembelajaran ini dapat membantu pelajar dalam perjalanan mereka mempelajari bahasa Jepun yang kemudiannya akan diaplikasikan di dalam pelbagai sektor seperti sektor pendidikan, pemindahan teknologi dan pelancongan.

Usaha ini juga sekaligus dapat merapatkan lagi hubungan di antara Malaysia-Jepun dan menunjukkan kesungguhan penyelidik tempatan dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala ini. Tambahan pula usaha pengkomersialan dijalankan sepenuhnya oleh rakan hubungan industri, Syarikat Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. yang sekaligus dapat meluaskan lagi penyebaran hasil inovasi FSSK kepada masyarakat setempat. Bukan itu sahaja, laman web dan buku ini juga boleh didapati di dalam bentuk digital. Justeru, pelajar UKM dan pengguna yang berada di luar negara juga boleh mengakses bahan ini dengan lebih mudah.

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768