Misi, Visi & Matlamat FSSK

Di FSSK, kami mengutamakan kualiti, kecekapaan dan kecemerlangan di dalam segenap aspek merangkumi pentadbiran, pengajaran dan penyelidikan

Memangkin dan mencetus pemikiran terkini dalam pembentukan peradaban bangsa

Membentuk suasana penjanaan ilmu terkamil untuk pembangunan insan yang bergerak seiring dengan arus dalam acuan kebangsaan

  • Melahirkan siswazah luwes dan mempunyai ciri profesional yang relevan dan boleh pasar serta bersifat pembelajar seumur hidup
  • Memajukan siswazah yang mengimbangi ilmu asas dan gunaan
  • Menjana, menyebar dan mengkhazanah ilmu di peringkat global yang beracuan kebangsaan
  • Menyumbangkan kepakaran dalam pelaksanaan pembentukan dasar dan program yang bertaraf kebangsaan, serantau dan antarabangsa

Susur Galur FSSK

FSSK terdiri daripada enam cabang rumpun sains sosial dan kemanusiaan iaitu media dan komunikasi; psikologi dan kesejahteraan manusia; bahasa dan linguistik; bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Melayu; sejarah, politik hubungan antarabangsa; serta sosial, pembangunan dan persekitaran.

1970

Fakulti Sastera

Fakulti Sastera adalah merupakan salah satu daripada 3 buah fakulti terawal yang ditubuhkan di UKM. Jabatan-jabatan yang wujud pada ketika ini adalah seperti Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu, Jabatan Ekonomi & Perdagangan, Jabatan Sejarah, Jabatan Geografi, Jabatan Antropologi & Sosiologi serta Unit Bahasa-bahasa

Fakulti Sastera

Tahun 1970

1975 & 1976

Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan

Fakulti Sastera distruktur menjadi Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan (FSKK). Beberapa jabatan seperti Jabatan Ekonomi & Perdagangan dikembangkan menjadi fakulti.

Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan

Tahun 1975 & 1976

1976-1980an

Penambahan Jabatan Baharu

Jabatan-jabatan baharu diwujudkan seperti Jabatan Komunikasi pada tahun 1975 dan Jabatan Sains Politik pada tahun 1976. Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu dinaiktaraf menjadi Institut Bahasa, Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu (IBKKM) (Kini dikenali sebagai Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Penambahan Jabatan Baharu

Tahun 1976 - 1980an

2001 hingga Kini

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Pada 15 November 2001, Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa serta Fakulti Sains Pembangunan digabungkan dan menjadi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

2001 hingga Kini

Senarai
Dekan-Dekan Terdahulu FSSK

Kenali figura-figura hebat yang pernah mencurahkan bakti dan keringat dalam memajukan FSSK

Dekan Pertama

Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim

Pusat Pengajian Media & Komunikasi

Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim

Pusat Pengajian Media & Komunikasi

15 November 2001 hingga 12 Jun 2005

Dekan Kedua

Allahyarham Prof. Dr. Mohamed Yusof Ismail

Allahyarham Prof. Dr. Mohamed Yusof Ismail

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran

13 Jun 2005 hingga 4 Oktober 2006

Dekan Ketiga

Allahyarhamah Prof. Emeritus Dato' Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah

Allahyarhamah Prof. Emeritus Dato' Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran

1 Oktober 2006 hingga 3 Mac 2011

Dekan Keempat

Prof. Emeritus Dr. Hjh. Hazita Azman

Prof. Emeritus Dr. Hjh. Hazita Azman

Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik

1 Jun 2011 hingga 7 Julai 2016

Dekan Kelima

Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman

Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran

8 Julai 2016 hingga 30 April 2017

Dekan Keenam

Prof. Emeritus Dr. Mohd Fuad Mat Jali

Prof. Emeritus Dr. Mohd Fuad Mat Jali

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran

1 Mei 2014 hingga 30 April 2019

Dekan Ketujuh

Prof. Emeritus Dr. Hjh Hazita Azman

Prof. Emeritus Dr. Hjh. Hazita Azman

Pusat Kajian Bahasa & Linguistik

1 Mei 2019 hingga 30 April 2022

Dekan Kelapan

Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub

Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub

Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran

1 Mei 2022 hingga 30 April 2025

Ikut Resmi Padi

Di FSSK, kami mengutamakan kecemerlangan dari segala aspek. Namun ada perkara yang lebih penting untuk diutamakan.

Pemakluman

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768

Hubungi Kami