Program Sains Politik menerokai persoalan-persoalan politik dari segi teoritis dan praktis di peringkat domestik, serantau dan global. Objektif program ini ialah melahirkan graduan yang pakar dalam pengetahuan Sains Politik, penyelidikan dan pentadbiran untuk pengaplikasian dalam dunia sebenar. Sebagai program Sains Politik tertua di Malaysia, ia merupakan program yang prolifik dari segi pengambilan pelajar dan reputasi penyelidikan.
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sains Politik)
Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Sepenuh Masa
6 Semester / 3 Tahun
Saluran UKMi
Tertakluk kepada perubahan semasa
September
TAHUN 1
SKSP1033 Evolusi Politik Malaysia
SKSJ1023 Pengantar Teori Politik
SKSJ1033 Pengantar Falsafah Politik
SKSJ1043 Pengantar Pentadbiran Awam
TAHUN 2
SKSJ2013 Pengantar Ekonomi Politik
SKSJ2053 Transformasi Politik Dunia
SKSJ2073 Teori Politik Malaysia
SKSJ2093 Analisis Pilihan Raya
SKSJ2143 Falsafah Politik Moden
TAHUN 3
SKSJ3023 Demokrasi dan Masyarakat Sivil
SKSJ3113 Politik Asia Tenggara
SKSJ3123 Politik Amerika
SKSJ3133 Politik Eropah
SKSJ3153 Politik Hubungan Etnik
SKSJ3263 Pemikiran Islam dan Isu Kontemporari Global
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Dr. Sharifah Nursyahidah Syed Anuar, Ketua Program Sains Politik, Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM.
Email: shnursyahidah@ukm.edu.my
Permohonan adalah secara dalam talian terbuka kepada calon-calon lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma/Setaraf dan STAM melalui UPU ONLINE
Ketahui secara mendalam latar belakang program-program pengajian peringkat prasiswazah yang ditawarkan di FSSK! Kesemua 12 program pengajian kami mendapat akreditasi penuh MQA
Di FSSK, kami mengutamakan kecemerlangan dari segala aspek. Namun ada perkara yang lebih penting untuk diutamakan.
Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768