Aksesibiliti W3C OKU
Laman web Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan menyediakan akses untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Perkara ini sejajar dengan objektif W3C Aksesibiliti Laman Web (WAI) di mana laman web dapat dilayari oleh golongan orang kurang upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.
1. Pengguna Cacat Penglihatan
‘Teks Readers’ – Aplikasi yang boleh digunakan ialah Internet Explorer Page Reader. Dapatkan IE Page reader disini. Anda perlu memuat turun MS Speech API sebelum menggunakan komponen ini. Jika anda menggunakan Windows 2000, berkemungkinan besar anda mempunyai komponen sistem.Anda juga memerlukan sekurang-kurangnya satu Speech engine. ‘Speech Engine’ adalah ‘suara’ seorang lelaki ataupun wanita yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa lain. Anda juga memerlukan sekurang-kurangnya satu Speech engine. ‘Speech Engine’ adalah ‘suara’ seorang lelaki ataupun wanita yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa lain.
2. Pengguna Buta Warna
‘Color Converter’ – Laman ini menyediakan akses kepada pelbagai pilihan warna untuk masalah – masalah berkaitan buta warna. Terdapat tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.
3. Pengguna Golongan Warga Emas
Menukar saiz teks – Laman web FSSK menyediakan pelbagai saiz teks. Pilihan saiz teks boleh didapati di bahagian kanan atas iaitu dihujung menu. Pengguna boleh memilih saiz teks yang lebih besar ataupun yang lebih kecil, bergantung kepada kesesuaian diri.