Webinar Sains Tauhidik Bil.2/2022 “Ibadah Solat dan Biomekanik”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan,

Jemputan Menghadiri Webinar Sains Tauhidik Bil.2/2022 Anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan Siri Webinar seperti di atas yang bertajuk “Ibadah Solat dan Biomekanik” pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 4 Mac 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Secara dalam talian di Aplikasi Cisco Webex & Live FB fstukmbangi
Penceramah: Profesor Madya Dr. Azmin Sham Rambely
Link: https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=mab516f4f1ffe77be0087d53892dea0ea

Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.