Webinar Kesihatan Mental “Dealing with Anxiety and Depression”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan,

Jemputan Menghadiri Webinar Kesihatan Mental di Kalangan Akademik Pasca Covid anjuran Fakulti Sains dan Teknologi.

Webinar ni akan membincangkan isu kesihatan ahli akademik yang terjejas disebabkan oleh pelaksanaan bekerja dari rumah akibat penularan pandemik Covid-19. Perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada aspek tekanan mental dan emosi seperti stress, keresahan dan kemurungan yang menganggu keseimbangan kerja dan kehidupan. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan memberi kesedaran lebih awal tentang tanda-tanda ‘burnout’ disebabkan tekanan yang berterusan di kalangan ahli akademik dan bagaimana ini boleh dielakkan.

Webinar yang bertajuk “Dealing with Anxiety and Depression” akan diadakan pada tarikh di bawah:

Tarikh : 15 Mac 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Secara dalam talian di Aplikasi Zoom
Penceramah: Pn Anita Abu Bakar, Mental Illness Awareness and Support Association (MAISA)

Meeting ID: 970 0051 5213
Passcode: 213833