Syarahan Umum “Imej Pertama Sagittarius A*: Lohong Hitam Supermasif di Pusat Galaksi Bima Sakti”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan,

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan UKM akan mengadakan Syarahan Umum seperti di atas yang bertajuk “Imej Pertama Sagittarius A*: Lohong Hitam Supermasif di Pusat Galaksi Bima Sakti” pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 8 Jun 2022 (Rabu)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Secara dalam talian di Aplikasi Zoom & Live FB fstukmbangi
Penceramah: Profesor Madya Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar (Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, FST)
Pautan: https://bit.ly/3GB7Udc
Meeting No.:  939 2771 6160
Password: 868813

Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan siri syarahan tersebut.

Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.