Siri Webinar Jabatan Fizik Gunaan: Adakah Tarikh Hari Raya Berubah-ubah?
Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan akan mengadakan Siri Webinar seperti di atas yang bertajuk “Adakah tarikh hari raya berubah-ubah” pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 18 April 2023 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Secara dalam talian di Aplikasi Cisco Webex & Live FB Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official)
Penceramah: En Wan Mohd Aimran Bin Wan Mohd Kamil (Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, FST)
Pautan: https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m2045afc489e4a680db1e5c4b4e0bc445
Sehubungan itu, pihak Jabatan amat berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Dr/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut.
Kesudian YBhg. Dato’/ Datin/ Profesor/ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.