Siri Kolokium Jabatan Sains Matematik: Sedikit Nasihat Buat Orang Muda

Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani

YBhg. Prof/Datuk/Dr./Tuan/Puan,

Jemputan Menghadiri Siri Kolokium Jabatan Sains Matematik

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Matematik (JSM), Fakulti Sains dan Teknologi akan menganjurkan siri kolokium pada butiran seperti berikut:

Tajuk                    :  Sedikit Nasihat Buat Orang Muda

Penceramah      : Prof. Dr. Mohd. Salmi Md Noorani

                                Program Matematik, Jabatan Sains Matematik

                                Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Abstrak              : Pensyarah muda sering dihidang dengan kata-kata nasihat untuk buat itu, ini dan bermacam lagi.  Hari ini ada beberapa  sajian lagi tetapi dari perspektif yang berbeza.

Tarikh                  : 23 Jun 2023 (Jumaat)

Masa                    : 10.00 pagi – 11.00 pagi

Kaedah                : i) Bersemuka di Bilik Kolokium Bangunan Sains Matematik, FST, UKM

  1.  ii) Facebook Jabatan Sains Matematik, FST, UKM

                                   https://www.facebook.com/jsmfst

Sukacita YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr/Dr./Tuan/Puan mewar – warkan jua hebahan siri kolokium ini kepada para pensyarah, penyelidik, pelajar siswazah dan pelajar prasiswazah untuk penyertaan.

Penyertaan YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr./ Dr/Tuan/Puan akan direkod ke dalam sistem UrusBakat UKM. Bersama emel ini dilampirkan poster siri kolokium untuk perhatian dan rujukan YBhg. Prof/Datuk/Dr./Tuan/Puan. Makluman lanjut berkaitan dengan kolokium berserta jadual boleh rujuk kepada laman sesawang: www.ukm.my/jsmt/kolokium. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Dr Lee Khai Chien: kclee_1017@ukm.edu.my

Sekian, terima kasih.