Seminar Sembang Santai Perkongsian Penyelidikan: Thrips Serang Kriptik: Kepentingannya dalam Sektor Pertanian dan Ekosistem

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi (JSBB), Fakulti Sains dan Teknologi akan menganjurkan Seminar Sembang Santai Perkongsian Penyelidikan seperti butiran berikut:

Tajuk: Thrips Serang Kriptik: Kepentingannya dalam Sektor Pertanian dan Ekosistem
Penceramah: Prof Madya Dr Ng Yong Foo, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi
Tarikh dan Masa: 21 Julai 2023 (Jumaat), 3.00 PM

Seminar ini akan diadakan menggunakan platform MS Teams dan boleh dicapai melalui pautan berikut: https://msteams.link/FALP

Penyertaan di dalam seminar ini juga akan didaftarkan di dalam sistem UrusBakat UKM.

Semua dengan segala hormatnya dijemput untuk menyertai seminar ini. Mohon juga supaya hebahan ini dipanjangkan kepada para pelajar dibawah seliaan masing-masing.

Sekian, terima kasih.