Pembangunan pangkalan data alumni fakulti bertujuan untuk mengumpul, menyimpan, dan mengemas kini maklumat alumni secara sistematik. Ia memudahkan fakulti menjejaki perkembangan kerjaya, mempromosikan kerjasama antara alumni dan universiti, serta menyediakan peluang seperti mentor, pekerjaan, dan latihan. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan hubungan antara alumni dan universiti, serta menyokong pembangunan institusi.
Maklumat peribadi yang dikongsi dalam borang ini hanya akan digunakan oleh Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM, dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Peribadi 2010. Data tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras melalui penyelarasalumni.fst@ukm.edu.my.