Bengkel Pengenalan Kepada Luas Permukaan (Bet) & Struktur Liang Melalui Penjerapan Gas Anjuran Unit Pencirian Bahan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./ Dato’/ Tuan/ Puan
JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL PENGENALAN KEPADA LUAS PERMUKAAN (BET) & STRUKTUR LIANG MELALUI PENJERAPAN GAS ANJURAN UNIT PENCIRIAN BAHAN SMI FST UKM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Unit Pencirian Bahan (UPB), Sekretariat Makmal & Instrumentasi, Fakulti Sains Dan Teknologi akan mengadakan Bengkel Pengenalan Kepada Luas Permukaan BET & Struktur Liang Melalui Penjerapan Gas seperti ketetapan berikut:
Nama | : Bengkel Pengenalan Kepada Luas Permukaan BET & Struktur Liang Melalui Penjerapan Gas |
Tarikh | : 20 November 2024 (Rabu) |
Masa | : 08.30 Pagi- 12.00 Tengah hari |
Kaedah | : Platform Zoom |
Yuran Penyertaan | : Harga seperti tertera pada poster |
PENDAFTARAN KINI DIBUKA
Pautan pendaftaran seperti berikut: https://tinyurl.com/ BengkelBET2024
3. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pemahaman mendalam mengenai prinsip asas kaedah pengujian Brunauer-Emmett-Teller (BET) dan analisis struktur liang melalui teknik penjerapan gas. Bengkel ini sangat sesuai untuk individu dari pelbagai sektor, baik awam mahupun swasta, yang berminat meningkatkan kemahiran dalam teknik BET, memahami kegunaan BET, serta memperoleh pemahaman terperinci mengenai pengaruh liang dan luas permukaan.
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November 2024 (Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn Natrah Nasir di talian 010-2081280, natrah@ukm.edu.my atau En Syawal Mohd Yusof di talian 012-3815125, syawalmohdyusof@ukm.edu.my.
5. Bersama ini disampaikan tentatif program untuk rujukan dan perhatian YBhg. Prof./ Dato’/ Tuan/ Puan. Sokongan YBhg. Prof./ Dato’/ Tuan/ Puan terhadap penganjuran bengkel ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Makluman: E-sijil akan diberikan kepada semua peserta dan bagi warga UKM kehadiran akan didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat UKM (UrusBakat).
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
NIK MOHAMAD FAKHURUDDIN BIN NIK MUSTAPHA FATHIL
Penolong Pegawai Sains C29
Unit Pencirian Bahan, SMI
Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
Tel: 03-89214085/ 013-6667202