Fakulti Sains dan Teknologi, UKM ingin menjemput anda semua untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis makan malam yang akan diadakan di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor pada 16 Mei 2025 (Jumaat).
Jangan lepaskan peluang berharga ini untuk sama-sama menyambut ulangtahun ini bagi mengeratkan dan memperkukuhkan lagi silaturrahim dan ukhuwah yang setelah sekian lama terjalin antara semua.
Di samping itu juga, majlis ini diadakan bagi melancarkan tabung Alumni FST bagi mengumpulkan sumbangan dan kutipan ikhlas daripada semua bagi kegunaan penambahbaikan prasarana fakulti dan kebajikan warga serta pelajar fakulti, selain daripada memupuk semangat menyumbang semula ke fakulti.
Jangan lepaskan peluang berharga ini untuk bertemu semula, mengimbau memori lama dan mencipta kenangan baharu di majlis ini.