HEJIM FST menyasarkan untuk mamantapkan dan meningkatkan jaringan kolaborasi strategik Universiti- Industri sejajar dengan TERAS UKM. Pihak Industri merupakan antara pemegang taruh “stakeholders” utama kepada universiti. Hubungan institusi pendidikan dan industri adalah sangat relevan dalam memupuk dan melestari pembentukan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing bagi tujuan memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan. Jaringan ini dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian.