Faculty of Science and Technology
Terokai sorotan aktiviti menarik yang dianjurkan oleh FST. Ketahui lebih banyak aktiviti dan perkembangan terkini di http://www.facebook.com/fstukmbangi
UKM Bangi, 16 November 2024 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini menganjurkan Program Sambutan Jubli Perak FST 3 dalam 1 dengan penuh meriah sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya. Acara larian telah berjaya menarik lebih 600 peserta daripada pelajar, alumni, dan masyarakat setempat, menampilkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menghiburkan.
Bangi, 23-24 September 2024 – Fakulti Sains dan Teknologi telah melaksanakan sebahagian dari komponen Sijil Profesional – Siasatan Tempat Kejadian Bahan Psikoaktif Baharu (NPS) dengan kehadiran lebih 123 peserta dari pelbagai peringkat dan jabatan Polis DiRaja Malaysia, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah dan beberapa unit lain yang berkenaan. Kursus Sijil Profesional ini dilaksanakan secara bersama oleh ahli akademik tenaga pengajar dari Program Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan, dan juga Jabatan Sains Kimia (FST).
Penganjuran Sijil Profesional yang julung kali diadakan ini adalah sebahagian dari usaha pelaksanaan kerjasama yang telah termaktub dalam Memorandum Persefahaman anatara UKM dan PDRM bagi menangani ancaman bahan psikoaktif baharu yang semakin berleluasa (NPS). Setelah selesai sesi awal, peserta perlu melengkapkan keperluan lain bagi membolehkan mereka menerima Sijil Profesional tersebut.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1A8xmAd5hb/
UKM Bangi, 23-25 September 2024 – YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan) telah merasmikan Malaysia International Geothermal Conference 2024 (MIGC 2024) bertempat di Akademia Siber Teknopolis, UKM.
Putra Word Trade Centre, KL , 9-13 September 2024 – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Dr. Ching Thoo A/L Kim merasmikan 16th International Commission on Atmospheric Chemistry and Global Pollution (iCACGP) Symposium dan 18th International Global dan Atmospheric Chemistry (IGAC) Science Conference (iCACGP-IGAC Conference 2024) di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Taman Negara Pahang, 10-12 November 2023 – Pertubuhan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi bersama-sama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan sebuah program “CSR Kem Rimba Bateq PMFST” dengan jayanya di Kem Rimba Bateq PMFST, Pos Changkung, Kg. Keniam, Taman Negara Pahang, yang berlangsung daripada 10 hingga 12 November 2023. Program ini adalah satu usaha bersama untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat Bateq di kawasan tersebut.
Dalam pelaksanaan program CSR ini, pelbagai aktiviti yang berbentuk holistik dan bersepadu telah dirancang dan dijalankan oleh FST dan YFBM. Antara inisiatif yang utama adalah penyediaan bantuan bekalan makanan kepada komuniti Bateq, yang membantu meringankan beban hidup mereka. Selain itu, terdapat juga sesi pengajaran yang melibatkan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik, dengan tujuan meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan penduduk setempat.
Program ini juga memberikan tumpuan kepada aspek kesihatan dan kebersihan melalui kelas penjagaan kebersihan dan pembuatan pelembap bibir. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Bateq mengenai amalan kesihatan yang baik. Selain itu, kelas mikrobiologi turut diadakan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai aspek mikroorganisma yang mempengaruhi kehidupan sehari-hari.
Inisiatif ini sejajar dengan matlamat pembangunan kelestarian, khususnya SDG1 (Menghapuskan Kemiskinan) dan SDG4 (Pendidikan Berkualiti), serta menunjukkan tekad FST untuk mencapai pembangunan mampan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan bantuan.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/12JKg1BFRQM/
UKM Bangi, 11 Oktober 2023 – Muzium Sejarah Alam, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM telah berjaya menganjurkan Seminar Muzium Sejarah Alam FST 2023, dengan tema “Peranan Muzium dalam melestarikan warisan alam semulajadi negara” bertempat di Dewan Persidangan, FST. Program ini diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Farah Shafawati Mohd Taib, yang merupakan ketua Muzium Sejarah Alam FST, bersama dengan ahli-ahli MSA yang terdiri dari 6 unit repositori, merangkumi Muzium Zoologi, Muzium Geologi, Herbarium, Repositori Serangga, Unit Bank Benih dan Unit Koleksi Kultur.
Program ini bertujuan untuk mengumpul agensi-agensi berkepentingan dan institut-institut yang mempunyai koleksi repositori sejarah alam untuk menyemarak perkongsian maklumat berkaitan koleksi sejarah alam. Pengucaptama bagi seminar ini merupakan Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Pn. Norsham Abdul Latip, . Agensi yang terlibat terlibat sebagai plenari pula terdiri dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Seminar ini diharap dapat menjalin kerjasama dalam pengurusan dan penyelidikan berkaitan koleksi sejarah alam di peringkat kebangsaan. Program ini merupakan yang julung kali diadakan oleh MSA FST, di samping dapat mengetengahkan MSA di peringkat kebangsaan. Melalui usaha ini, program ini menyokong matlamat pembangunan kelestarian SDG17 (Partnership for the goals).
Selain itu, tunjang kepada pemeliharaan koleksi sejarah alam alam ini adalah pemuliharaan sumber alam, khususnya biodiversiti dan geodiversiti yang menyokong kepada matlamat pembangunan kelestarian SDG15 (Life on Land).
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/18izBDSomP/
Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg. Encik Nizam Sani, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat dan di saksikan oleh Ybrs Profesor Dr Mohd Firdaus Mohd Raih, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains dan Teknologi, Ybrs.Prof. Madya Dr. Noraini Talip, Ketua Taman Botani Bangi, Merangkap Ketua Program Kebun Nuri Nutrisi, Ybrs. Puan Airul Asmiza Khaeruddin, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia serta pengurusan tertinggi Bank Rakyat dan Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/v/18UFwxiPRL/
Politeknik Kota Bahru, 14 September 2023 –Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin telah merasmikan Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
Turut hadir , Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor UKM, Gs. Sr Haji Mohd Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Haji Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan pelajar-pelajar Politeknik Kota Bharu.
Liputan media
Royal Belum 18-20 Ogos 2023 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah berjaya menganjurkan “Program Komuniti Kembara Merdeka 66” bertempat di Royal Belum, Gerik, Perak. Program ini diketuai oleh YBhg. Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad (Fakulti Sains & Teknologi, UKM) dan oleh Encik Johan bin Halid dari (Yayasan Foodbank Malaysia).
Program ini bertujuan untuk menyantuni dan memberi bantuan makanan kering kepada masyarakat orang asli. Antara aktiviti yang telah disusun oleh FST & YFBM adalah menghulurkan bantuan bekalan makanan seberat 5.7 tan dan juga alat tulis kepada 250 keluarga orang asli dari suku kaum Jahai yang tinggal di perkampungan Sungai Tiang, Sungai Klewang, Sungai Kejar dan juga Sungai Tan Hain. Untuk menghayati bulan kemerdekaan, sesi penyerahan turut diimarahkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik bagi membangkitkan semangat patriotik.
Di samping itu, Pusat Pemodelan dan Analisis (DELTA) telah sepakat bersama YFBM untuk menjalinkan hubungan kerjasama dalam menganalisis data komuniti yayasan food bank bagi tujuan menyokong matlamat pembangunan kelestarian SDG1 (No Poverty) & SDG2 (Zero Hunger).
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1KzQB3EFYa/
Perak 9-11 Julai 2023 – Alhamdulillah, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi telah berjaya melaksanakan program “CSR Kampung Orang Asli bersama Yayasan Food Bank Malaysia” di Pos Yum, Sungai Siput, Perak pada 9-11 Julai 2023.
Program ini tercetus hasil kolaborasi PMFST bersama Sekretariat Makmal dan Instrumentasi FST UKM dengan usahasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Yayasan Food Bank Malaysia dan juga Dana Kita.
Warga FST yang terlibat berpeluang untuk mengenali dan menyantuni masyarakat orang asli suku Temiar di sana. Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang program termasuklah advokasi penyakit berjangkit serta advokasi kemiskinan haid yang mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat orang asli di kampung tersebut.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutama sokongan padu daripada pihak pengurusan FST.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/155DJVRrEW/
Selangor 30 Januari 2023 – Dengan hasrat untuk menggalakkan pembangunan bahan pembungkusan mesra alam, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) melancarkan KPS #Ekovative Challenge pada tahun lalu. Baru-baru ini pula, KPS #Ekovative Challenge 2022 Grand Finale diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor. Ia menampilkan prototaip daripada Lima Pasukan Finalis Terbaik.
KPS #Ekovative Challenge 2022 adalah satu pertandingan di antara universiti yang memfokuskan kepada pembangunan bahan alternatif mesra alam sebagai penyelesaian untuk pembungkusan kertas dan plastik yang mampan. Sehubungan itu, fokus KPS #Ekovative Challenge 2022 adalah Mesra Alam dan Inovatif.
Merujuk kepada laman web Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Climate Promise, Malaysia meningkatkan sasaran mitigasi langsung untuk mengurangkan pelepasan karbon berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus pada 2030 seperti yang digariskan dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.
Bagaimanapun, dengan trend pengeluaran dan penggunaan kertas serta plastik di Malaysia yang semakin meningkat, sumber yang terhad serta peningkatan pesat sisa terjadual yang direkodkan boleh menimbulkan ancaman yang serius kepada matlamat negara dan global untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang 2030.
Maka pendekatan sisa sifar adalah penyelesaian kepada masalah alam sekitar, ekonomi dan sosial hari ini termasuk perubahan iklim, keselamatan makanan dan kekurangan sumber.
Selaras dengan ini, objektif KPS #Ekovative Challenge 2022 adalah untuk mencari jalan alternatif bagi penyelesaian permasalahan pembungkusan plastik dan kertas yang akan menyumbang ke arah matlamat pencemaran sifar sisa.
Pertandingan ini dibuka kepada semua universiti awam dan swasta di Malaysia. Pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menghasilkan penyelesaian inovasi atau prototaip mesra alam menggunakan bahan alternatif untuk membuat pembungkusan berasaskan kertas dan plastik. Sebanyak 25 pasukan menyertai pertandingan ini dan 20 pasukan disenarai pendek untuk fasa pelaksanaan penyelesaian atau prototaip.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan projek ‘Innovative Biopolymer’ dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi, pingat dan sijil.
Sumber : Harian Metro
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1BjKiqgjGa/
Liputan media
Hadir sama, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) dan Cik Belvinder Kaur Sron, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Promosi serta Komunikasi Korporat MPOC.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/v/159mGLs8D3/Liputan media
Selain itu, pameran turut diadakan melibatkan Pusat Sistematik Serangga (CIS) FST, FOLR, Fun with Microbes dan AiRBORNE Sense yang menggunakan drone untuk mengesan pencemaran air. Usaha mempromosi produk kajian pensyarah FST menerusi saluran media massa telah dilakukan di tapak CSR ini. Webinar dan pertandingan VLOG juga telah dijalankan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharap program ini dapat memupuk kesedaran dan kefahaman orang ramai betapa pentingnya menjaga dan memelihara alam sekitar demi kelansungan hidup generasi akan datang.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1DFjZkZfyE/
Liputan media
Program komuniti “Ocean Clean-Up” anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Fakulti Sains Dan Teknologi (FST), UKM dengan kerjasama Jabatan Perikanan Selangor telah diadakan pada 29-31 Mei 2022 (di Pulau Redang, Terengganu), 22-24 Julai 2022 (di Pulau tenggol, Terengganu) dan 1-3 Ogos 2022 (di Pulau Tioman, Pahang).
Penyertaan terhad kepada peserta seramai 30 orang. Peserta terdiri dari 10 orang penyelam UKM, 10 penyelam Kerajaan Negeri Selangor, 4 peserta media, 2 dari Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan 4 penyelam pengiring dari Jabatan Perikanan Malaysia.
Program kemasyarakat ini telah ketuai oleh YBrs En. Mohd Shahrim Senik (Pegawai Sains Kanan, FST) dan dihadiri oleh Y.B. Tuan Haji Izham Hashim (Exco Infrastruktur dan Pertanian, Kerajaan Negeri Selangor) sebagai wakil kerajaan Negeri Selangor dan YBhg Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad (Dekan FST) dan YBhg. Prof. Dr. Zaidi Che Cob (Ketua Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR).
Objektif program ini adalah untuk menjalankan aktiviti pembersihan terumbu karang dari Crown of Thorns (COTs) dan sampah sarap marin terutama ghosts net. Selain itu, program ini juga menjalankan kajian keberkesanan penggunaan bahan kimia membunuh tapak sulaiman mahkota berduri melalui aktiviti penyelidikan dari EKOMAR dan seterusnya menerbitkan penulisan saintifik.
Penganjuran program ini sedikit sebanyak telah membantu dalam memelihara dan memulihara ekosistem terumbu karang dari COT yang mampu merosakkan karang. EKOMAR dan FST amat berharap agar program seperti diteruskan bagi memelihara dan memulihara terumbu karang.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/v/1DmPs92CwX/
Liputan media
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti CSR kami, hubungi Pn. Hafizah
E-mel: madampzah83@ukm.edu.my
Tel : 019-289 6858