Hari Terbuka Sihat FST 2022

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

YBhg. Prof./Emeritus/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN: HARI TERBUKA SIHAT FST 2022

Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa buat julung kalinya Fakulti Sains dan Teknologi melancarkan program kesihatan kepada warga Fakulti yang berminat sepanjang tahun 2022. Pelbagai aktiviti bertemakan sihat, cergas dan aktif fizikal, mental dan emosi telah disusun sepanjang tahun 2022 ini untuk semua warga FST.

Sehubungan itu, pihak fakulti ingin menjemput YBhg. Prof./Emeritus/Dato’/Datin/tuan/puan untuk bersama-sama menyertai dan memberikan sokongan dengan menghadiri majlis pelancaran tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh: 7 Februari 2022 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Persada FST

Kesudian YBhg. Prof./Emeritus/Dato’/Datin/tuan/puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

*Butiran lanjut untuk setiap aktiviti akan dijelaskan pada hari terbuka nanti.