Ceramah Teknik Geologi Siri 8/2023 (Geology Technical Series 8/2023): Geologi dan Pelantar Benua dalam Undang – Undang Laut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof. Emeritus/Prof. Dr/Prof. Madya Dr./ Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar (JSBAS), Fakulti Sains dan Teknologi akan mengadakan Ceramah Teknik Geologi Siri 8/2023 (Geology Technical Series 8/2023) pada butiran seperti berikut:

Tarikh             : 21 Jun 2023 (Rabu)

Masa              : 11.00 pagi – 12.30 tengah hari

Kaedah          : Bersemuka di Bilk Mesyuarat Geologi, Aras G, Bangunan Sains Geologi 

       

                       : Platform Zoom

                         https://tinyurl.com/y47j5bmf

                         MEETING ID: 943 7226 2274

                         Passcode: 409752

                        : Facebook Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official)

Tajuk:

Geologi dan Pelantar Benua dalam Undang – Undang Laut

Penceramah:
Dr. Mazlan bin Madon
Felo Akademi Sains Malaysia


Moderator:
Dr. Norsyafina binti Roslan
Pensyarah
Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar,

Fakulti Sains dan Teknologi

Abstrak:

Artikel 76 dalam Konvensyen Undang-Undang Laut PBB 1982 (UNCLOS) memberi hak kepada negara berpantai (pesisir) menentukan had luar kawasan pelantar benua yang terletak melebihi 200 batu nautika (bn) dari garis pangkal (pantai), bagi tujuan mengeksplorasi dan eksplostasi sumber asli dasar laut. Penentuan had pelantar benua amat penting bagi pengiktirafan dunia ke atas hak berdaulat sesebuah negara pesisir ke atas sumber asli dasar laut di kawasan yang melepasi garisan 200 bn.

Konsep “pelantar benua” dalam konteks Artikel 76 dipinjam dari bidang geologi dan merupakan konsep utama dalam penentuan had luar pelantar benua. Selain itu, beberapa lagi konsep geologi diadaptasi dan digunapakai dalam proses penentuan had pelantar benua. Ceramah kali ini memberi pengenalan mengenai konsep geologi berkaitan pelantar benua dalam artikel 76 dan kaedah penentuan had pelantar benua mengikut undang-undang laut.

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menyertai ceramah teknik ini.
 

Sukacita YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr/Dr./Tuan/Puan mewar – warkan jua hebahan ceramah teknik ini kepada para pelajar prasiswazah dan pelajar siswazah untuk penyertaan.

Penyertaan YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr./ Dr/Tuan/Puan akan direkod ke dalam sistem UrusBakat UKM.

 
Sekian, terima kasih.