Bengkel XRD Untuk Penyelidikan Bahan Termaju

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL XRD UNTUK PENYELIDIKAN BAHAN TERMAJU ANJURAN UNIT PENCIRIAN BAHAN SMI FST UKM

Dimaklumkan bahawa Unit Pencirian Bahan (UPB), Sekretariat Makmal & Instrumentasi, Fakulti Sains Dan Teknologi akan mengadakan Bengkel XRD Untuk Penyelidikan Bahan Termaju seperti ketetapan berikut:

 

Nama : Bengkel XRD Untuk Penyelidikan Bahan Termaju
Tarikh  : 26-27 Jun 2024
Masa : 08.30 Pagi- 04.30 Petang
Kaedah : Platform Zoom
Yuran Penyertaan : RM50 (Warga UKM)
  RM80 (IPTA/ IPTS)

 

PENDAFTARAN KINI DIBUKA

Pautan pendaftaran seperti berikut: https://bit.ly/PendaftaranBengkelXRD2024

 

Tujuan bengkel adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang kepentingan analisis XRD dalam penyelidikan bahan termaju yang melibatkan salah faham dalam XRD, FAQs dalam XRD dan pengolahan data XRD untuk penerbitan berkualiti. Bengkel ini amat sesuai untuk individu yang berminat untuk meningkatkan kefahaman dan teknik pensampelan XRD secara terperinci meliputi pelbagai sektor (awam/ swasta).

 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2024. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En Nik Mohamad Fakhuruddin Bin Nik Mustapha Fathil (nikfakhuruddin@ukm.edu.my/ 013-6667202)

Makluman: E-sijil akan diberikan kepada semua peserta dan bagi warga UKM kehadiran akan didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat UKM (UrusBakat).