Ceramah Teknik Geologi Siri 4/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr./ Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar (JSBAS), Fakulti Sains dan Teknologi akan mengadakan Ceramah Teknik Geologi Siri 4/2022 pada butiran seperti berikut:

 

Tajuk              :   Air Panas di Malaysia: Status Perkembangan Kajian Terkini dan Halatuju

Penceramah :   PM Ts. Dr. Mohd. Hariri bin Arifin

Tarikh             : 24 Ogos 2022 (Rabu)

Masa              : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari

Pautan Zoom/Facebook:    https://bit.ly/3K36iL3   dan  https://www.facebook.com/fstukmbangi

 

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menyertai webinar ini.

Sukacita YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr/Dr./Tuan/Puan mewar – warkan jua hebahan webinar ini kepada para pelajar untuk penyertaan.

Untuk makluman YBhg. Prof. Emeritus/Prof./Prof. Madya Dr./ Dr/Tuan/Puan, kehadiran Staf UKM akan direkod ke dalam sistem UrusBakat.

Sekian, terima kasih.