Jom Derma Darah: Setitik Darah Sejuta Harapan
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Warga FST,
Jom Derma Darah: Setitik Darah Sejuta Harapan anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi (JKKP FST) dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan diadakan seperti perincian berikut :
Tarikh : 23 Januari 2025 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Foyer Bangunan Makmal Tambahan, Fakulti Sains dan Teknologi
Syarat asas penderma darah:
Berusia 18 tahun ke atas
Berat melebihi 45kg ke atas
Tidur minimum 5 jam
Tiada masalah kesihatan
Telah mengambil makanan sebelum menderma darah
Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 1 tahun (Bagi Bukan Warganegara)
Sihat tubuh badan dan tiada masalah kesihatan
Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
Bagi penderma wanita; tidak datang haid, tidak mengandung, tidak menyusukan anak
Tidak mengambil sebarang ubat dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
Membawa dokumen diri (kad pengenalan/Passport)
Sekian. Terima kasih. Jumpa nanti.