Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR): Kursus Asas Teknik Persampelan dan Analisis Sampel Pertanian (Air, Tanah, Baja dan Mikrob)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR), Fakulti Sains dan Teknologi dengan kerjasama SMN Teknik Solution Sdn Bhd dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Kursus Asas Teknik Persampelan dan Analisis Sampel Pertanian (Air, Tanah, Baja dan Mikrob) untuk guru-guru dari Kolej Vokasional. Butiran kursus adalah seperti berikut:
Tarikh : 20 – 23 Mac 2023
Masa : 8.30 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Bilik Seminar Siswazah, Bangunan Fizik, FST
Dengan adanya kursus seperti ini, diharap Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR) dapat dijadikan tempat rujukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melatih guru-guru yang terlibat dalam bidang ini.
Sekian, terima kasih.