Seminar Sembang Santai Perkongsian Penyelidikan: Genomik Eimeria: Ke Arah Penyelesaian Molekul Untuk Koksidiosis Ayam

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi (JSBB), Fakulti Sains dan Teknologi akan menganjurkan Seminar Sembang Santai Perkongsian Penyelidikan seperti butiran berikut:

Tajuk: Genomik Eimeria: Ke Arah Penyelesaian Molekul Untuk Koksidiosis Ayam
Penceramah: Prof Dr Wan Kiew Lian, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi
Tarikh dan Masa: 18 Ogos 2023 (Jumaat), 3.00 PM

Seminar ini akan diadakan menggunakan platform MS Teams dan boleh dicapai melalui pautan berikut: https://teams.microsoft.com/…/19…/conversations…

Penyertaan di dalam seminar ini juga akan didaftarkan di dalam sistem UrusBakat UKM.

Semua dengan segala hormatnya dijemput untuk menyertai seminar ini. Mohon juga supaya hebahan ini dipanjangkan kepada para pelajar dibawah seliaan masing-masing.

Sekian, terima kasih.