Seminar Sembang Santai Perkongsian Penyelidikan Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi: Kerintangan Antibiotik dan Tindak Balas Imuniti dalam Jangkitan Helicobacter Pylori

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa (JSBB-UKM) Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi, FST, UKM akan menganjurkan Seminar Sembang Santai Perkongsian Penyelidikan seperti butiran berikut:

Tajuk: Kerintangan Antibiotik dan Tindak Balas Imuniti dalam Jangkitan Helicobacter Pylori
Penceramah: Dr Mohd Asif Mohd Sukri, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi
Tarikh dan Masa: 5 Mei 2023 (Jumaat), 3.00 PM

Seminar ini akan diadakan menggunakan platform MS Teams dan boleh dicapai melalui pautan berikut: https://msteams.link/FALP

Penyertaan di dalam seminar ini juga akan didaftarkan di dalam sistem UrusBakat UKM.

Semua dengan segala hormatnya dijemput untuk menyertai seminar ini. Mohon juga supaya hebahan ini dipanjangkan kepada para pelajar dibawah seliaan masing-masing.

Sekian, terima kasih.